Monday, May 4, 2009

Larangan RIba

Ayat Al Quran Mengenai Larangan Riba

Firman Allah dalam surah Al Baqarah, maksudnya:
  • 275. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
  • 276. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
  • 277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
  • 278. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
  • 279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
  • 280. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
  • 281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Monday, April 13, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

apa khabar sauadara-saudari,?
moga2 kehidupan sentiasa disinari nur iman.

Topik pertama saya adalah tentang kepentingan takaful. adakah ia sebagai keperluan atau kehendak kita.:)
seringkali terpapar di akhbar dan media massa rayuan meminta derma dari mereka yang memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan yang semakin meningkat.
tidak kurang juga mereka yang meminta sedekah akibat kematian suami atau isteri kerana tidak berupaya menyediakan keperluan kewangan bagi meneruskan hidup setelah kematian orang yang tersayang yang selama ini menyara keluarga. majoriti dari mereka adalah orang melayu.

Ramai diantara kita yang tidak sedar atau tidak mahu sedar bahawa institusi takaful yang sudah lama bertapak dinegara ini dapat menolong meringankan beban tersebut. sebenarnya takaful adalah satu keperluan untuk semua individu tanpa mengira umur, bangsa atau agama.

Kepada mereka yang telah berkeluarga cuba anda bayangkan senario ini:
1-semalam anda meninggal dunia- apakah yang anda tinggalkan untuk isteri dan anak-anak
anda, harta untuk kesenangan mereka atau hutang yang menimbun,?
2-Anda telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit jantung dan memerlukan RM100,ooo
untuk pembedahan yang harus dilakukan dengan segera... cuba anda senaraikan tiga nama
yang dapat membantu anda untuk mendapatkan RM 100,000 tersebut..

Sabda Rasulullah saw. "sesungguhnya engkau tinggalkan waris engkau dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan susah, meminta-minta kepada manusia." (hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)