Monday, April 13, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

apa khabar sauadara-saudari,?
moga2 kehidupan sentiasa disinari nur iman.

Topik pertama saya adalah tentang kepentingan takaful. adakah ia sebagai keperluan atau kehendak kita.:)
seringkali terpapar di akhbar dan media massa rayuan meminta derma dari mereka yang memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan yang semakin meningkat.
tidak kurang juga mereka yang meminta sedekah akibat kematian suami atau isteri kerana tidak berupaya menyediakan keperluan kewangan bagi meneruskan hidup setelah kematian orang yang tersayang yang selama ini menyara keluarga. majoriti dari mereka adalah orang melayu.

Ramai diantara kita yang tidak sedar atau tidak mahu sedar bahawa institusi takaful yang sudah lama bertapak dinegara ini dapat menolong meringankan beban tersebut. sebenarnya takaful adalah satu keperluan untuk semua individu tanpa mengira umur, bangsa atau agama.

Kepada mereka yang telah berkeluarga cuba anda bayangkan senario ini:
1-semalam anda meninggal dunia- apakah yang anda tinggalkan untuk isteri dan anak-anak
anda, harta untuk kesenangan mereka atau hutang yang menimbun,?
2-Anda telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit jantung dan memerlukan RM100,ooo
untuk pembedahan yang harus dilakukan dengan segera... cuba anda senaraikan tiga nama
yang dapat membantu anda untuk mendapatkan RM 100,000 tersebut..

Sabda Rasulullah saw. "sesungguhnya engkau tinggalkan waris engkau dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan susah, meminta-minta kepada manusia." (hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)